DIA masih lagi duduk di sofa paling hujung ke dalam. Jauh dari kumpulan meja bulat, kerusi kayu tinggi dan semestinya jauh dari tempat terbuka yang membolehkan pengunjung café itu untuk merokok. Setia menemani, vanilla frappucino with dark chocolate muffin. Jari jemari menggosok lembut helaian muka surat yang sama di dalam buku Lovely Reckless by Kami Garcia. Matanya tertumpu pada suatu sudut, di dinding café, sebuah bingkai gambar berwarna merah. Gambar sepasang kekasih yang sedang memegang tumblr berlambangkan simbol café.

“Yes?”

“Bagi saya Americano satu.”

“Encik nak medium ke large?”

“Bagi saya large.”

“Nama encik?”

Lelaki itu terus menunggu di kaunter assemble di sebelah kaunter pembayaran. Dia mengambil sudu plastik kecil dan juga satu sachet serbuk cinnamon. Dia sukakan rasa yang wangi pada aroma pekat minuman yang dipesan. Dia meletakkan beg galas besar dan berat itu ke lantai. Sambil-sambil itu dia melihat-lihat kawasan café, mencari tempat kosong untuk melepaskan lelah buat seketika dan pada saat itu, dia terpandang DIA yang berseorangan di sofa paling hujung jauh ke dalam.

“Seorang je? I know, bunyi cliché gila but are you alone?”

DIA yang pada mulanya langsung tidak menyedari kehadiran lelaki itu tergamam seketika. DIA terlalu larut di dalam emosi dan rasa lama sehingga separuh daripada nyawanya pupus pada garis masa sekarang. DIA menggeleng. Lelaki itu terus duduk berhadapan dengan DIA.

“Jauh awak mengelamun, sampai tak sedarlah saya datang dekat.”

DIA tersenyum kelat. Walau tidak menyenangi kehadiran lelaki tersebut, tetapi DIA cuba untuk tidak bersikap biadab. Mungkin lelaki itu perlukan teman berbual, seperti diri DIA ketika ini.

“Maaf, saya memang selalu ‘hilang’ sekejap kadang-kadang. I don’t know what’s wrong with me.”

Lelaki itu mencurahkan serbuk cinnamon ke dalam bancuhan hitam memekat dan dia biarkan serbuk itu larut dengan sendiri tanpa dikacau. Sudu plastik yang dipegang terus diletakkan di antara dua rahang dan dia biarkan di situ.

“Care to share? I mean kalau awak sudi. Lagipun kita banyak masa lagi sebelum saya cerita kisah saya pulak. Kita buat sistem barter. Deal?”

DIA mengangguk lemah.

“Kalau awak perasan dekat dinding café, ada satu bingkai merah. Itu saya dan kesayangan saya. Kami berkenalan dekat sini, macam apa yang awak buat dekat saya sekarang. Dia datang masa saya sedang baca buku ni, muka surat yang sama. Tapi masa tu dia bawak sekali sandwich tuna kegemaran dia which I hate the smell so much, but…”

DIA meletakkan buku Lovely Reckless by Kami Garcia ke atas meja dan terus menongkat dagu. Pandangannya dilontarkan jauh seraya DIA tersenyum menyerlahkan kemanisan wajah yang sebelum ini sugul dan suram dilitupi awan perasaan.

“Kami bahagia, kami sering jadikan café ni sebagai tempat kami berjumpa dan mengimbau kenangan lama walau kami sudah sah berdua. Until one fine day…”

Wajahnya kembali sugul, DIA menunduk dan terus diam di situ. Lelaki yang asyik mendengar terus memegang lembut tangan kanan DIA di atas meja. Lelaki itu mengangkat beg galas yang berat dan terus dia letakkan di atas ruang kosong sofa bersebelahan dengan DIA. Perbuatan itu mengundang garis kedutan halus di dahi DIA.

“Err, apa ni?”

“Awak bukak tengok…”

Lelaki itu masih seperti biasa, dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari wajah. DIA perlahan-lahan membuka zip beg dan jari jemarinya terhenti. DIA kenal benar isi di dalam beg galas itu. Seluruh tubuhnya kini seperti dipasung. DIA hendak teriak, hendak menjerit tetapi pada masa yang sama perasaan ingin tahu semakin melimpah ruah.

“Awak jangan takut, okay?”

“Tapi, awak ni sebenarnya siapa? Kenapa…”

“Sekarang masa untuk cerita saya pulak…”

Lelaki itu mencicip sedikit Americano yang semakin suam sebelum menyambung ceritanya.

“Saya buat semua ni demi fun. Purely fun. Saya tak pernah cederakan orang lain, as you can see benda dalam tu semua fake. Saya salah seorang stuntman dari sebuah syarikat perfileman di Hollywood. So, saya pinjam semua barang-barang dalam tu untuk thrill saya sendiri. So far, saya terlepas with some money and some OTHER things of course…”

“Maksud awak semua benda ni…”

“Yup, totally fake. Takkan luka, takkan sakit dan takkan apa-apa kan orang pun. Well, maybe lebam-lebam sikit je lah kalau kena hentam. Okay, I take it back. Luka dan sakit tu memang yer lah.”

“Kenapa awak buat semua ni? Awak boleh kena tangkap tahu?”

Lelaki itu kembali mencicip Americano, tetapi kali ini cicipannya agak lama dengan meninggalkan separuh isi cairan hitam yang memekat.

“Pernah awak terfikir hidup kita semua ni terlalu bosan? Pernah awak terfikir yang tujuan kita ada dekat atas muka bumi ni lebih dari jadi hamba masa, kerja dan perasaan kita sendiri?”

DIA terdiam.

“Kita semua ada tujuan hidup, tapi tujuan je tak cukup. Nawaitu je tak cukup. Where’s the fun in that? We were meant to do great things! Explore everything right and wrong, indulge into every flavour there is, grab whatever it is we can, all of that super fun things! Can’t you see it?”

DIA sedikit terusik dengan penjelasan daripada lelaki itu. Naluri dirinya dijentik dengan satu rasa yang sudah lama dia tidak alami. Satu rasa yang membuatkan dirinya sedikit hidup dan berbunga mekar. Lelaki itu menghulurkan tangan kanannya.

“Are you with me?”

“What? Maksud awak, sekarang? Dekat café ni?”

“Yes, are you with me? Do want to be with me on this super crazy roller coaster ride?”

DIA tersenyum.

“Saya Syed Nik Marwan. Orang panggil Maru. Awak?”

“Panggil saya Ash je. Short for Ashraf”

Lelaki itu mengangguk, dia bangun dan terus mengeluarkan sepucuk fake Charter Arms Bulldog dari dalam beg galas.

“Well, Ash. Shall we?”

Ash mengambil sepucuk fake Colt 1851 Navy Revolver dari dalam beg galas dan terus berjalan ke hadapan membuntuti Nik Maru di belakang. Mereka berdua saling berbalas senyuman sebelum sama-sama melaungkan ayat yang sama dengan lantang dan jelas.

“INI ADALAH SATU ROMPAKAN!”

“All I need in this life of sin, is me and my girlfriend… down to ride ‘til the very end, it’s me and my boyfriend…”
*03 Bonnie & Clyde – Jay-Z ft. Beyoncé*

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini